PKPPMKM

Persatuan Kebajikan Pengimport dan Pengedar Minuman Keras Malaysia

Malaysia Welfare Association of Liquor Importers & Distributors

Kami adalah persatuan berdaftar Malaysia yang mencipta peluang kepada ahli kami bagi membantu mereka membangunkan perniagaan mereka dalam bidang pengimportan, pergudangan, penjualan dan pengedaran produk alkohol.

Matlamat Kami

1.

Menjaga kebajikan Ahli dengan menangani isu yang menghalang mereka daripada mematuhi undang-undang dan peraturan sepenuhnya dan secara berkesan, menganjurkan acara dan menjaga hak antara pengimport dan pengedar minuman keras

2.

Mewujudkan peluang untuk pengembangan perniagaan Ahli dengan membantu mereka dalam hal undang-undang dan kawal selia yang berkaitan dengan pengimportan, pergudangan, eksport, penjualan dan pengedaran minuman keras

3.

Beroperasi sebagai pemangkin untuk semua organisasi perniagaan minuman keras dengan menyediakan rangkaian kerjasama

4.

Melobi dengan pihak berkaitan mengenai isu undang-undang dan peraturan minuman keras untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam operasi perniagaan

5.

Menyediakan platform bukan politik, tanpa mengira kaum dan agama untuk Ahli menjalin rangkaian di peringkat nasional

6.

Untuk membantu objektif Kerajaan untuk menerajui program dan inisiatif dalam membendung aktiviti haram dan penyeludupan; dan

7.

Untuk memudahkan dialog dengan pelbagai badan Kerajaan untuk Ahli

Sertai komuniti kami yang terdiri daripada usahawan yang berfikiran sama seperti anda.

Dapatkan akses kepada sumber eksklusif seperti trend dalam industri global dan tempatan dengan kemaskini terbaru, berita, seminar, bengkel persidangan dan juga acara. Manfaatkan peluang perdagangan dan perniagaan melalui usahasama PKPPMKM dengan organisasi tempatan dan misi perdagangan yang berkaitan.